Nurich Lacto-Lite adalah minuman berkhasiat yang menggabungkan yogurt
kultur hidup dan inulin. Ia merupakan simbiotik yang menggabungkan
kedua-dua probiotik (bakteria berguna) dan prebiotik (makanan bakteria
berguna – inulin), dan seterusnya dapat meningkatkan keberkesanan
bakteria berguna di dalam badan manusia. Bakteria berguna dan inulin
dalam Nurich Lacto-Lite tidak akan dirosakkan oleh asid perut dan garam
hempedu. Ia terus memasuki dan melekat pada membran lendir usus untuk
berfungsi. Nurich Lacto-Lite kaya dengan serat larut dalam air,
mempercepatkan kadar pembiakan bakteria berguna dalam badan, menyekat
pertumbuhan sel rosak dan mendirikan sawar biologi dalam saluran usus.
Pengambilannya dapat menggalakkan penyerapan nutrisi, mengekalkan
keseimbangan mikrob dalam saluran usus, menjadikan fungsi perut dan
usus kekal sihat, dan seterusnya meningkatkan daya keimunan badan.
Apakah itu probiotik?
Probiotik ialah kumpulan bakteria berguna semulajadi yang hidup dalam
saluran usus badan manusia. Ia membantu dalam memperbaiki keseimbangan
ekologi kumpulan bakteria dalam saluran usus demi meningkatkan taraf
kesihatan manusia.
Apakah itu prebiotik?
Prebiotik secara umumnya ialah makanan yang tidak boleh dicerna, tetapi
dapat menggalakkan pertumbuhan dan mengaktifkan kumpulan bakteria
berguna tertentu. Prebiotik dapat membantu dalam pertumbuhan probiotik
dan meningkatkan keaktifan probiotik. Ia dapat membantu menyediakan
keadaan saluran usus yang bersifat asid lemah demi pertumbuhan
probiotik, di samping membekalkan nutrien khas untuk pertumbuhan
probiotik seperti Lactobacillus dan Bifidus.
Apakah itu inulin?
Inulin ialah serbuk yang dikisar daripada akar chicory
(tumbuh-tumbuhan), kaya dengan serat larut dalam air, di samping ia
merupakan makanan untuk bakteria berguna dalam saluran usus. Serat
larut dalam air dapat membantu dalam menyelaras kandungan kolesterol
serum dan tekanan darah, mengurangkan penghasilan bahan bertoksin dalam
badan, seterusnya meringankan beban hati. Ia juga dapat mempercepat
pembiakan bakteria berguna dalam saluran usus, kerana bilangan bakteria
berguna menpengaruhi keadaaan kesihatan badan manusia. Ia turut
mengurangkan kuantiti bakteria berbahaya (seperti bakteria disentri,
bakteria taun dan sebagainya), meningkatkan daya keimunan badan,
menyepadukan Vitamin B dalam saluran usus, mengekalkan operasi sistem
saraf yang normal dan melicinkan kulit.
Apakah bezanya minuman yogurt yang ada di pasaran berbanding dengan Nurich Lacto-Lite?
Nurich Lacto-Lite mengaplikasikan teknologi canggih untuk melindungi
bakteria berguna yang terkandung dalam produk ini (5 lapisan
perlindungan), supaya bakteria berguna tersebut tidak dapat dihakis
oleh asid perut dan garam hempedu sebelum memasuki saluran usus, dan
seterusnya menggugat keberkesanannya. Selain itu, inulin merupakan
makanan bagi bakteria berguna kerana ia membantu dalam pembiakan
bakteria berguna serta menjaga kesihatan manusia.
Siapakah yang perlu mengambil Nurich Lacto-Lite?
Nurich Lacto-Lite sesuai untuk semua golongan masyarakat, terutama
untuk mereka yang mengalami ketidakselesaan dalam saluran usus, pesakit
sembelit, mereka yang sentiasa menjaga kesihatan, serta mereka yang
mengamalkan gaya hidup tidak sihat.
Adakah Nurich Lacto-Lite memperoleh kebenaran dan kelulusan Negara?
Nurich Lacto-Lite telah memperoleh kelulusan daripada Kementerian
Kesihatan Malaysia, boleh dijual secara sah di pasaran. Selain itu,
Nurich Lacto-Lite juga diiktiraf oleh FDA sebagai GRAS (Generally Recognized As Safe).
Ramuan Utama
Kumpulan Lactobacillus, Inulin
Keberkesanan
Price Tag :
RM 158
Pos + RM 5 (Semenanjung) RM 10 (Sabah & Sarawak)
Pos + RM 5 (Semenanjung) RM 10 (Sabah & Sarawak)
So, pd sesiapa y berminat dengan produk ini, boleh la hubungi admin utk mendapatkannya..
Azlan : 017-5369727
Azie : 014-2368223
No comments:
Post a Comment